Dalam banyak-banyak filem pembunuhan bersiri, paling yang aku gemar (walaupun ada yang mengarut) adalah Child’s Play atau lebih dikenali sebagai Chucky. Filem ini memfokuskan kepada roh Charles Lee Ray yang telah dipindahkan ke dalam anak patung Good Guy menggunakan sihir voodoo. Patung ini turut digelar sebagai Chucky yang kemudiannya mengganggu ketenteraman hidup Andy Barclay.

Terdapat banyak iterasi filem ini, daripada olahan semula, sekuel dan terkini adalah siri TV SyFy yang merupakan sekuel dalam dunia sama berbeza dengan filem 2019 yang kononnya adalah olahan semula untuk dunia moden.

Filem ini mengerikan kerana aksi pembunuhan yang gila ganas, darah mengalir di sana sini, organ bersepah dan banyak lagi. Ia juga banyak elemen seram yang mengejutkan.

Terkini, Trick or Treat Studios yang terkenal dalam edaran koleksi barangan seram daripada filem-filem seperti ini telah hadir dengan patung Good Guy dan Chucky untuk para peminat.

Patung Plush Body Good Guy adalah anak patung lembut yang mimik dalam filem apabila Chucky berpura-pura tidak sedarkan diri. Contoh apabila beliau diangkat dan diheret, ini adalah patungnya yang bersaiz 30-inci tinggi. dalam badan dan setiap tangan dan kaki ada bahan lembut disumbat, pakaian adalah fabrik, kemudian kepala, tangan dan kaki adalah vinil.

Bagi yang ingin perwatakan lebih mengerikan, Ultimate Chucky adalah pilihan terbaik. Mata boleh dipusingkan, tangan dan kepala boleh diubah-ubah, badan diperbuat daripada gabus dan diperkukuhkan dengan aluminium. Ia kemudiannya mempunyai tinggi 29-inci dan mempunyai wajah yang mimik dengan filem. Versi ini dihasilkan oleh Cesar Dacol Jr. iaitu individu di sebalik kesan visual filem Zombieland: Double Tap, siri TV Stranger Things dan The Umbrella Academy.

Harga Plush Body Good Guys adalah $199.99 iaitu sekitar RM846, manakala Ultimate Chucky pula dijual pada harga $599.99 iaitu sekitar RM2538. Jika anda berminat, pastikan anda ada ruangan simpan dan tidak kecilkan hati si Chucky – jika tidak ada yang tidak bertemu dengan hari esok.

Sohor Kini