Yup.gg bersama dengan One Esports telah mengumumkan rancangan TV Realiti baharu iaitu Good Game Asia untuk mencari pencipta kandungan berdasarkan permainan video. Rancangan ini akan diarah oleh Jonathan Glazier yang pernah terlibat dengan Asia’s Got Talent.

Melalui rancangan ini, pencipta-pencipta kandungan lama dan juga baharu dari seluruh Asia akan dikumpulkan di Good Game Gaming House di Singapura di mana mereka akan melakukan pelbagai cabaran, berkawan ataupun lawan, mendapat pengikut dan tajaan baharu. Mereka juga akan merebut hadiah terkumpul $200 ribu.

Sezairi dan isteri Syaza Tan akan menjadi hos untuk rancangan ini dan akan disiarkan melalui Warner TV iaitu CH712 melalui Astro, serta asia.gg. One Esports juga akan berkongsi rangkuman di laman mereka dari semasa ke semasa. Ia akan mula disiarkan pada 10 Jun 2022.

Sohor Kini