Pada tahun lepas, Makoto Shinkai iaitu pengarah dan penulis Your Name telah mengesahkan yang beliau akan hadir dengan filem baharu iaitu Suzume no Tojimari.

Terkini, poster dan juga treler baharu untuk filem tersebut telah dikongsi dan mereka juga mengumumkan yang ia akan ditayangkan di Jepun pada 11 November 2022.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Suzume no Tojimari ataupun jika di terjemah ke bahasa Inggeris “Suzume’s Locking-Up” adalah filem yang memfokuskan kepada pelajar bernama Suzume yang berjumpa seorang lelaki yang sedang mencari “pintu”.

Apabila mereka membuka satu pintu, pintu-pintu lain di serta Jepun terbuka yang telah mengakibatkan pelbagai masalah. Sepanjang filem ini, Suzume mengembara untuk menutup pintu-pintu ini.

Sohor Kini