Doctor Strange in the Multiverse of Madness akan ditayangkan di Malaysia pada 4 Mei, iaitu hari raya kedua. Filem ini akan memfokuskan sepenuhnya kepada konsep multimesta yang akhirnya terbuka luas, di mana pelbagai watak daripada dunia lain dan watak sama tetapi variasi lain akan muncul mengakibatkan huru-hara.

Fokus utama filem ini adalah kisah Wanda yang bersambung terus daripada WandaVision. Tetapi akan ada kemunculan watak baharu iaitu America Chavez lakonan Xochitl Gomez. Watak ini mempunyai kuasa yang boleh merentas di antara alam multimesta dan jika Marvel Studios ikuti jalan cerita komik, Wanda akan cuba rampas kuasa beliau untuk bertemu dengan Billy dan Tommy yang juga akan muncul dalam filem ini.

Tahukah anda yang America Chavez sepatutnya mempunyai penampilan khas dalam filem Spider-Man: No Way Home? Beliau sepatutnya akan menjadi pelatih ahli sihir yang kemudiannya akan bertemu dengan Ned Leeds lakonan Jacob Batalon. America Chavez juga dikatakan adalah hero yang bertanggungjawab membuka portal untuk Spider-Man Tobey dan Spider-Man Andrew masuk ke dalam MCU.

Namun semua ini adalah perancangan awal jika Doctor Strange 2 ditayangkan terlebih dahulu sebelum No Way Home. Atas berlakunya penggambaran semula, Doctor Strange ditunda dan No Way Home ditayangkan terlebih dahulu – membuatkan bahagian America Chavez dibuang terus.

Sohor Kini