Nicolas Cage sedang aktif berlakon pelbagai jenis filem. Daripada gred B, filem seram ngeri di Shudder, akan datang filem puntianak Renfield bersama Nicholas Hoult dan Awkwafina dan banyak lagi semunay beliau bersetuju sahaja untuk berlakon.

Terkini, Nicolas Cage melalui sesi tanya beliau apa sahaja yang diadakan oleh Lionsgate di Reddit menyatakan akan atau mungkin ingin terlibat dengan filem Face/Off 2.

Adam Wingard iaitu pengarah Godzilla Vs. Kong yang telah pun disahkan akan mengarah filem Face/Off baharu, pernah mengesahkan yang filem ini bukannya olahan semula tetapi adalah sekuel kepada filem yang ditayangkan pada 1997. Dalam filem asal ini ia mengisahkan ejen FBI Archer lakonan John Travolta yang melalui pembedahan eksperimen untuk mengubah wajah beliau menjadi Troy seorang pengganas lakonan Nicolas Cage.

Tetapi Troy mati dalam filem asal ini. Jadi tidak pasti sama ada adakah Nicolas Cage akan kembali sebagai Troy atau watak lain yang menggunakan wajah Troy. Boleh jadi juga, beliau akan menjadi watak penampilan khas sahaja bagi menghormati filem asal.

Butiran filem kedua Face/Off ini masih belum diketahui. Tetapi Adam Wingard pernah menyatakan yang beliau sudah ada idea bagaimana untuk hasilkan sebuah filem yang epik.

Sohor Kini