CI Games telah mengumumkan yang mereka menyasarkan untuk mengeluarkan Lords of the Fallen 2 pada tahun 2023 dengan pemasaran akan bermula pada suku ketiga tahun ini (dilaporkan oleh The Game Spoof) untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Permainan susulan untuk Lords of the Fallen yang dikeluarkan pada tahun 2014 ini dibangunkan oleh Hexworks iaitu studio baharu yang ditubuhkan oleh CI Games selepas membatalkan perjanjian mereka bersama dengan Defiant Studios kerana kualiti yang kurang memuaskan, kenyataan yang disangkal oleh Defiant Studios.

Lords of the Fallen adalah permainan aksi pengembaraan, dan menurut CI Games, permainan kali ini akan mempunyai bajet yang lebih besar berbanding permainan pertama.

Sohor Kini