Private Division hari ini telah melakukan perkongsian terbaru mengenai permainan Kerbal Space Program 2 yang sedang dibangunkan oleh mereka. Perkongsian kali ini memfokuskan kepada pengembaraan antara bintang yang akan menjadi antara perkara baharu disertakan di dalam permainan ini.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Sebagai satu permainan yang mementingkan sains mengenai pengembaraan di angkasa lepas, fungsi ini juga disertakan dengan se-realistik yang mungkin, ini termasuk juga mendapat nasihat daripada Paul Gilster iaitu penulis untuk Centauri Dream yang memfokuskan kepada sains di sebalik pengembaraan antara bintang.

Kerbal Space Program 2 dijangka akan tiba sekitar tahun ini selepas tertunda sebelum ini, akan tetapi masih tidak mempunyai sebarang tarikh pelancaran. Ia dibangunkan oleh Intercept Games iaitu studio yang ditubuhkan oleh Private Division untuk membangunkan permainan ini dan terdiri daripada bekas-bekas pembangun Star Theory.

Sohor Kini