Ubisoft dan Mattel sekali bekerjasama untuk hadir dengan kandungan rentas siri bagi permainan kad digital UNO. Jika sebelum ini mereka hadir dengan kad UNO berdasarkan Far Cry 6, kali ini mereka hadir pula dengan kandungan berdasarkan Assassin’s Creed Valhalla.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Selain permainan biasa UNO, DLC penambahan ini juga akan menyertakan mod berlainan di mana pemain boleh membuang kad untuk mendapatkan barangan tertentu. Barangan ini boleh digunakan untuk bertempur dengan pemain lain.

UNO versi digital ini sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Ubisoft Store. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang.

Sohor Kini