Sejak 11 Mac sehingga 3 April lepas, 18 pasukan telah bertempur di peringkat Liga untuk merebut 12 slot ke peringkat akhir bagi kejohanan esukan Free Fire MCP Majors Musim Ke-3.

Selepas pertempuran tersebut, Geek Fam telah menjadi pasukan terbaik diikuti oleh Blacklist International dan juga DOEASY. Manakala pasukan Umbrella Reborn, EGO Oblivions, AKO Ligers, Scrip Shotz, WTG.Xpert dan Tactical Intex telah tersingkir.

Berikut adalah senarai penuh pasukan yang layak ke peringkat akhir mengikut kedudukan akhir;

  • Geek Fam
  • Blacklist International
  • DOEASY
  • Hard to Get
  • Todak
  • Vete eSports
  • Bloody Head
  • Axis Esports
  • EWG
  • Orange Esports
  • Overdose Esport
  • ICON

Peringkat akhir akan berlangsung pada 16 April pada pukul 1 petang berbanding jadual biasa iaitu lewat petang kerana untuk memberi ruang kepada pemain-pemain yang berpuasa untuk membuka puasa.

Selain merebut hadiah terkumpul, 2 pasukan terbaik di peringkat akhir ini akan mendapat slot ke Free Fire World Series (FFWS) 2022 yang akan berlangsung di Sentosa, Singapura pada bulan Mei kelak.

Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini