Square Enix dan Disney hari ini, bersempena dengan ulang tahun ke-20 untuk siri Kingdom Hearts telah mengumumkan yang Kingdom Hearts IV sedang dibangunkan, ia masih di peringkat awal dan tiada pengumuman mengenai tarikh pelancaran mahupun platform ia akan dikeluarkan.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah yang memperlihatkan penceritaan baharu.

Selain itu, mereka juga telah mengumumkan Kingdom Hearts Missing-Link iaitu permainan baharu untuk iOS dan juga Android. Melaluinya pemain boleh memasuki dunia Scala ad Caelum ke dunia sebenar untuk bertempur dengan Heartless. Versi beta tertutup untuknya akan tiba sekitar tahun ini.

Sohor Kini