Siri Moon Knight sudah ditayangkan untuk minggu kedua Rabu lalu. Setakat ini siri ini berbeza dengan siri adiwira Marvel dan juga filem-filem MCU kerana Moon Knight bukanlah seorang adiwira yang berhati kudus. Mungkin ramai tidak menyedari, di dalam siri ini terdapat beberapa kod QR. Dalam episod minggu ini kod QR diletakkan pada pintu unit storan milik Marc Spector (MINIT 42:15).

Jika anda imbas kod ini menggunakan telefon pintar, anda akan dibawa ke laman web dimana anda boleh memuat turun satu naskah percuma komik yang memaparkan Moon Knight. Minggu ini komik Werewolf by Night dari tahun 1972 boleh dibaca percuma dengan komik lain akan ditambah minggu depan.

Jika anda tidak mahu atau tidak boleh mengimbas sendiri kod QR pada episod terkini Moon Knight, sila ke pautan ke bawah untuk membaca komik ini.

Pautan komik percuma Moon Knight dari Marvel Unlimited

Sohor Kini