Russian Doll adalah siri TV Netflix yang agak menarik dan unik. Ia memegang konsep gelung masa (time loop), di mana watak utama Nadia tersangkut dalam gelung masa. Nadia mati dan hidup kembali berulang-ulang kali sehinggalah suatu hari bertemu dengan individu lain, Alan yang turut mengalami perkara sama.

Musim kedua akan disiarkan pada 20 April akan datang, yang mana lebih 3 tahun sejak musim pertama disiarkan di Netflix. Berikut adalah treler penuh untuk musim kedua;

Musim kedua berlaku empat tahun selepas Nadia dan Alan bersama dan membebaskan diri daripada gelung masa. Musim kedua sekali menggunakan tema eksistensial atau syarat kewujudan dan masa – Nadia dan Alan terperangkap dalam portal masa di bandar Manhanttan.

Mereka berdua telah merentas ke masa silam, dan terpaksa melalui pelbagai perubahan era, generasi dan banyak lagi. Dalam treler, Nadia menyatakan yang perkara ini berlaku kerana ada perkara belum selesai dalam kehidupan mereka yang perlu diselesaikan.

Ia sekali lagi lihat mempunyai konsep yang menarik. Bagi yang berminat, Natasha Lyonne dan Charlie Barnett akan kembali sebagai Nadia dan Alan 20 April ini di Netflix.

Sohor Kini