Rogue Legacy 2 Akan Dilancarkan Untuk PC Pada 28 April Ini

Cellar Door Games telah mengumumkan yang Rogue Legacy 2 akan dilancarkan secara rasmi pada 28 April 2022 di PC melalui Steam dan juga Epic Games Store. Rogue Legacy 2 sebelum ini sudah dikeluarkan secara akses awal.

Bersama dengan pengumuman ini mereka juga telah berkongsi treler animasi baharu.

Seperti permainan pertama, Rogue Legacy 2 adalah permainan roguelike platformer, namun kali ini ia juga menyertakan pelbagai perubahan seperti rekaan grafik, senjata dan juga kebolehan.

Jika anda ingin mencuba permainan pertama iaitu Rogue Legacy ia sekarang ditawarkan secara percuma di Epic Games Store sehingga 14 April 2022.

Sohor Kini