Epic Games Store pada minggu ini telah menawarkan dua permainan percuma untuk tawaran mingguan mereka, ia adalah Rogue Legacy dan The Vansihing of Ethan Carter yang boleh ditebus bermula sekarang sehingga 14 April 2022.

Rogue Legacy merupakan permainan roguelike platformer yang dibangunkan serta diterbitkan oleh Cellar Door Games sejak tahun 2013 untuk hampir kesemua platform termasuk juga iOS. Di dalam permainan ini, pemain akan melalui kawasan yang akan dihasilkan secara rawak untuk melawan dengan 5 boss.

Epic Games Store: Rogue Legacy

The Vanishing of Ethan Carter adalah permainan pengembaraan seram yang dibangunkan dan diterbitkan oleh The Astronauts. Ia sudah dikeluarkan sejak tahun 2014 lagi untuk pelbagai platform. Di dalamnya pemain boleh mengembara di sesuatu kawasan untuk mengetahui apa yang berlaku di kawasan tersebut.

Epic Games Store: The Vanishing of Ethan Carter

Selepas tawaran untuk kedua-dua permainan ini berakhir pada 14 April, ia akan digantikan dengan dua permainan juga iaitu Insurmountable dan XCOM 2.

Sohor Kini