Atari adalah nama yang tidak asing dalam industri permainan video. banyak permainan video yang klasik, vintaj atau dalam bentuk arked adalah daripada mereka. Atari juga masih aktif dengan permainan video untuk pelbagai platform, daripada PC, permua, atau juga konsol.

Terkini, mereka telah melancarkan Kombinera. Ia adalah permainan tekaria yang mengelirukan dan memerlukan strategi bijak. Pemain perlu mengawal beberapa bebola berwarna untuk menggabungkan antara satu sama lain. Nama watak turut disediakan iaitu King Kombine yang perlu diselamatkan daripada Kave of Kaos.

Terdapat banyak halangan yang perlu pemain bebaskan diri atau cuba lepaskan. Setiap bebola warna turut mempunyai kuasa tersendiri. Keseluruhan permainan ini turut menggunakan rekaan seakan permainan klasik yang mengimbau kembali kenangan permainan Atari suatu ketika dahulu.

Kombinera mempunyai 300 tekaria perlu diselesaikan, pemain boleh kumpul barangan untuk menyahkunci aras, ia juga dibina untuk mudah dikawal dan pemain akan ditemani dengan runut bunyi elektronik berserta dengan cerita yang penuh emosi.

Permainan ini ditawarkan di PlayStation (RM59), Xbox & Nintendo Switch ($14.99, sekitar RM63), Steam (RM32), Apple App Store (RM24.90), Google Play Store (RM33.99), Epic Game Store (RM25.49) dan juga melalui Atari VCS.

Sohor Kini