Reuters telah melaporkan yang Tencent akan menutup Penguin Esports iaitu platform penstriman yang memfokuskan kepada permainan video, ia boleh dikatakan sebagai Twitch tetapi memfokuskan kepada pasaran China.

Penguin Esports sudah beroperasi sejak 6 tahun yang lepas, akan tetapi dengan pelbagai sekatan kerajaan China terhadap permainan video dan juga perkhidmatan penstriman, mungkin Tencent merasakan yang ia bukan lagi sesuatu yang menguntungkan.

Kerajaan China sebelum ini dikatakan akan menghadkan jumlah sumbangan yang boleh diterima oleh penstrimer, selain menghadkan remaja berusia bawah 18 tahun untuk bermain permainan dalam talian.

Selain Penguin Esports, Tencent juga memliki perkhidmatan pensriman lain seperti Huya Live, dan juga memiliki pegangan di dalam DouYu yang merupakan platform penstriman terbesar di China.

Sohor Kini