Ketika Nintendo Direct pada Februari lepas, Square Enix telah mengumumkan Chrono Cross: The Radical Dreamers Edition iaitu permainan penambah-baikkan untuk Chrono Cross iaitu permainan JRPG yang dikeluarkan pada tahun 1999. Ia boleh dikatakan sebagai satu permainan klasik yang boleh dikatakan antara terbaik di dalam genrenya.

Ia merupakan sebuah permainan mengenai pengembaraan masa dan dimensi yang mana anda boleh merekrut sehingga 45 watak dan mempunyai banyak cabang jalan cerita dan pengakhiran permainan yang berbeza.

Terkini, Chrono Cross: The Radical Dreamers Edition sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam. Ia juga boleh dimainkan di PlayStation 5 dan Xbox Series melalui keserasian belakang. Square Enix juga mengumumkan yang versi fizikal untuk Nintendo Switch akan tiba pada 26 April ini.

Chrono Cross The Radical Dreamers Edition ditawarkan dengan harga RM88 di PS Store dan juga Steam, $19.99 di Nintendo eShop dan Xbox Store.

Sohor Kini