SIE Worldwilde Studios Malaysia merupakan studio pembangunan permainan video di bawah Sony Interactive Entertainment yang ditubuhkan pada tahun 2019. Ia adalah studio yang akan membantu pembangunan permainan pihak pertama.

Hasnul Hadi iaitu Ketua bagi SIE Worldwide Studios Malaysia telah berkongsi di laman Twitter mengatakan yang MLB The Show 22 iaitu permainan simulasi sukan besbol merupakan permainan pertama yang melibatkan studio tersebut.

MLB The Show 22 sudah dikeluarkan pada minggu ini untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan Nintendo Switch. Pembangun utama untuknya adalah San Diego Studio, manakala SIE Worldwide Studios Malaysia tampaknya membantu di dalam penghasilan aset bagi permainan tersebut.

Sohor Kini