Jeff Ross iaitu bekas pengarah untuk Days Gone telah mengumumkan yang beliau menyertai Crystal Dynamics sebagai Pengarah Rekaan, namun buat masa ini beliau tidak berkongsi penglibatan di mana-mana projek.

Dengan Crystal Dynamics baru sahaja mengumumkan yang mereka akan kembali membangunkan permainan baharu untuk siri Tomb Raider, bersama dengan ia adalah permainan dunia terbuka, kita boleh jangkakan yang beliau akan terlibat dengan permainan tersebut.

Sebelum menyertai Crystal Dynamics ini, beliau bersama dengan Bend Studios iaitu pembangun Days Gone selama 14 tahun dengan jawatan terakhir adalah Pengarah, sebelum meninggalkan studio tersebut pada tahun 2020. Beliau kemudian menyertai NetherRealm Studios sebagai Pengurus Rekaan selama 7 bulan.

Sohor Kini