Fujiko A. Fujio Pencipta Manga Ninja Hattori Meninggal Dunia

Nikkei Asia telah melaporkan yang Fujiko A. Fujio iaitu pencipta pelbagai siri manga seperti Ninja Hattori-kun” dan “The Laughing Salesman” telah diumumkan meninggal dunia oleh Polis di rumah beliau di Tokyo, Jepun.

Fujiko A. Fujio atau nama sebenar beliau Motoo Abiko sebelum ini berkongsi nama pena yang sama bersama dengan rakanya Fujiko F. Fujio iaitu pencipta siri popular Doraemon. Fujiko F. Fujio atau nama sebenar beliau Hiroshi Fujimoto meninggal dunia pada tahun 1996.

Antara karya-karya Fujiko A. Fujio adalah The Monster Kid, The Laughing Salesman, Childhood Days dan Parasol Henbe. Takziah kami ucapkan kepada ahli keluarga Fujiko A. Fujio.

Sohor Kini