Acer Malaysia telah mengumumkan penawaran 4 model monitor baharu iaitu Predator X28, Acer Nitro EI322QURP, Acer Nitro XZ306CX dan Acer CB292CU. Selain itu, mereka juga mengumumkan jualan promosi “Sinar Raya with Acer” bersempena dengan Ramadan dan juga Hari Raya.
Predator X28
Predator X28 hadir dengan skrin dengan resolusi 4K UHD (3840 x 2160) yang menggunakan panel IPS, ia menyokong kadar segar semula sehingga 152Hz dengan jangka reaksi serendah 0.2 ms G-to-G. Ia juga menyokong teknologi Nvidia G-Sync, termasuk juga mod esukan untuk memastikan kependaman serendah yang mungkin. Ia ditawarkan dengan harga RM3,699 dan jaminan selama 3 tahun.

Acer Nitro EI322QURP
Acer Nitro E1322QURP hadir dengan skrin yang melengkung bersaiz 31.5 inci, resolusi WQHD (2560 x 1440) dan menggunakan panel VA yang menyokong kadar segar semula sehingga 165Hz. Bagi jangka reaksi ia adalah sepantas 1ms dan menyokong teknologi AMD Radeon FreeSync 2 atau AMD FreeSync. Ia ditawarkan dengan harga RM1,299 dengan jaminan sehingga 3 tahun.

Acer Nitro XZ306CX
Acer Nitro XZ306CX pula hadir dengan skrin bersaiz 29.5 inci, resolusi UWFHD (2560 x 1080) dan juga menggunakan panel VA yang melengkung. Ia menyokong kadar segar semula hingga 200Hz. Bagi jangka reaksi ia adalah sepantas 1ms dan menyokong teknologi AMD Radeon FreeSync 2 atau AMD FreeSync. Ia juga ditawarkan dengan harga RM1,299 dengan jaminan sehingga 3 tahun.

Acer CB292CU
Acer CB292CU pula adalah pilihan yang lebih mesra dompet, ia hadir dengan skrin 29 inci dengan resolusi UWFHD (2560 x 1090) dengan panel IPS. Ia menyokong kadar segar semula hingga 75Hz dengan jangka reaksi sepantas 1ms dan menyokong teknologi AMD FreeSync. Ia ditawarkan dengan harga RM899 dengan jaminan selama 2 tahun.

Sinar Raya with Acer
Bagi jualan promosi untuk “Sinar Raya with Acer” di mana untuk setiap pembelian sepanjang bulan April 2022, akan mendapat 10% rebat untuk pembelian produk-produk yang terpilih dalam bentuk kredit untuk dompet digital Touch ‘n Go. Contohnya, jika anda membelli Acer Aspire C24 yang berharga RM2,499 anda boleh dapatkan RM250 kredit untuk Touch ‘n Go.
Sebarang tebusan dan juga maklumat lanjut anda boleh layari pautan ini.
