Konami telah mengumumkan yang eFootball 2022 Versi 1.0.0 yang dikatakan sebagai versi penuh untuk permainan tersebut akan dilancarkan pada 14 April 2022 selepas ditunda pada akhir tahun lepas untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

eFootball sebelum ini telah dilancarkan pada bulan September tahun lepas, tetapi dengan kandungan terhad. Kandungan tambahan sepatutnya tiba beberapa bulan kemudian, namun telah ditunda ke tahun ini selepas versi awal tersebut menerima kritikan daripada pemain.

Di dalam pengumuman ini, mereka juga telah meminta maaf di atas perkara tersebut dan mengatakan yang pelbagai peningkatan sudah dilakukan dan yakin yang versi 1.0.0 akan diterima dengan baik, terutama untuk perkara utama di dalam permainan seperti menyerang dan bertahan.

Manakala bagi eFootball 2022 Mobile, mereka masih sedang membangunkannya dan masih tidak bersedia untuk berkongsi tarikh pelancaran. Dengan versi mudah alih masih lagi popular, mereka sudah semestinya tidak ingin mengganggu pemain dengan melancarkan sesuatu yang bermasalah.

Sohor Kini