Skip to main content

Tahukan anda pada tahun 2012, CBS Films telah mendapat hak dan memulakan projek untuk menghasilkan filem aksi nyata berdasarkan Deus Ex: Human Revolution iaitu permainan ketiga di dalam siri Deus Ex ini. Melalui laporan terbaru oleh USA Today, kita dapat mengetahui lebih lanjut mengenai filem ini termasuk juga membaca sebahagian daripada skrip untuknya.

Projek tersebut telah mendapat sentuhan daripada Scott Derrickson dan C. Robert Cargill yang sebelum itu bekerjasama di dalam filem Sinister. Namun, sebelum filem Deus Ex dapat bermula, mereka berdua telah terlibat dengan projekt berlainan iaitu menghasilkan filem pertama Doctor Strange yang dikeluarkan pada tahun 2016, di mana Derrickson menjadi pengarah dan Cargill menjadi penulis bersama.

Selepas mereka berdua beralih ke Doctor Strange, CBS Films juga telah membatalkan projek filem Deus Ex, pembatalan ini tidak dinyatakan akan tetapi ia mungkin disebabkan kehilangan dua orang penting dan CBS tidak ingin menunggu mereka dan Scott Kinney iaitu salah seorang daripada yang terlibat dengan projek filem Deus Ex mengatakan yang CBS Film mungkin juga tidak ingin menghasilkan filem aksi dan ingin memfokuskan kepada filem komedi dan drama.

Walaupun Scott Derrickson dan C. Robert Cargill beralih ke projek bersama dengan Marvel untuk Doctor Strange akan tetapi mereka sempat untuk menghasilkan draf awal bagi skrip untuk filem tersebut di mana Scott Kinney berkongsinya dengan USA Today.

Berikut adalah beberapa bahagian daripada skrip tersebut;

Ini adalah bahagian awal untuk filem ini dan boleh dikatakan sebagai pengenalan kepada watak Adam Jensen, iaitu watak utama di dalam permainan dan juga untuk filem ini.

FADE IN: 

The sound of deep and controlled breaths, like a metronome, set against the POUNDING of feet on asphalt.

EXT. RUNNING PATH – PRE DAWN 

The sun’s penumbra illuminates a slow moving river. Light refracts off of dew covered grass. A drop… quivers, and falls as a pair of running shoes, moves by, fast. We go with them. 

PULL UP to reveal the owner. His sweat soaked running shorts and a tank top cover an athlete’s body — long and lean, with well-defined muscles.

He angles off the running path, towards an open air workout area — pull up bars, free weights, an obstacle course, etc.  As he slows, we see his face: 30’s [sic], handsome, with a full head of dark hair. This is a man in his prime. But its [sic] not his appearance that grabs you. It’s his eyes. There’s an intensity and intelligence to them that speak to a  complicated mind.  

This is ADAM JENSEN. 

EXT. OUTDOOR WORKOUT AREA – PRE DAWN

Jensen angles for the pull up bars, grabs them, and pulls his body up, over and over again. Muscles start to twitch and he slows. 

He drops to the ground and down, landing on his hands. Push ups are next. Lots of them.  

Then he moves to the racked weights. Must be 180 pounds. He starts to bench. As he does, his biceps quiver — fourteen reps, fifteen… If the body is a machine, he is pushing his to its limits, and fine tuning it. Muscles fail. He re racks the weights. 

He lies on the bench, breathing hard. The first rays of the sun wash over him as it crests the horizon, its light refracting off of nearby flowers. 

Terdapat juga skrip untuk bahagian aksi di mana Jensen, Barret dan Yelena sedang mencari Daedalus iaitu AI di dalam siri ini.

BARRETT
Daedalus. Where is it?  

Megan shakes her head. Barrett’s eyes shift to Yelena. 

A razor sharp blade extends from one of Yelena’s hands. It glides down Megan’s chest, to her stomach, and crotch, lingering on her thigh. A thin trail of blood rises in its wake. 

BARRETT (CONT’D)
I respect your conviction, Doctor,
I really do. But nothing David
Sarif owns is worth dying for.
Megan just stares hate at the big man.  

BARRETT (CONT’D)
But maybe that’s just me.
(to Yelena)
Bleed her. 

Yelena’s applying pressure when– 

Automatic FIRE tears through the labs. Slugs SMASH into  Yelena, knocking her off her feet. As Barrett and Janus swing around– 

–Jensen FIRES on a cooling tank — a vat of super-cooled liquid used to cool equipment. The liquid vaporizes on contact with air, creating a thick white mist, obscuring vision.  

ANGLE ON Megan, staring. And suddenly Jensen’s there,  grabbing her arm.

JENSEN
Come on! 

Together, they RUN. 

Barrett steps through the fog and mist, staring at nothing. Yelena and Jaron appear to his left, like wraiths.  

And BARRETT’S POV shifts. Walls fall away, leaving only the outline of studs and wires. And suddenly, he’s looking through the wall at the two running heat signatures. 

BARRETT
(to Yelena and Jaron, cold)
Run ‘em down. 

Anda boleh baca lebih banyak bahagian lain di dalam skrip di laman USA Today, dengan siri permainan masih tidak mempunyai pengesahan jika ia akan diteruskan ataupun tidak, skrip ini boleh mengingatkan semua bagaimana Deus Ex suatu masa dahulu adalah IP yang penting.

Deus Ex: Human Revolution dibangunkan oleh Eidos-Montreal dan diterbitkan oleh Square Enix.

Leave a Reply