Pathea Games telah mengumumkan yang permainan susulan kepada My Time at Portia iaitu My Time at Sandrock akan dikeluarkan secara akses awal pada 26 Mei 2022 untuk PC melalui Steam dan juga Epic Games Store.

Bacaan lanjut: Ulasan My Time at Portia – Permainan Yang Boleh Mengakibatkan Ketagihan

Ia akan ditawarkan dengan harga promosi iaitu $24.99 (~RM105) dan harga akan dinaikkan apabila ia dilancarkan secara penuh. Anda boleh tonton video pengumuman untuk akses awal ini di bawah.

Mereka mengatakan sepanjang akses awal ini, mereka akan mengemaskini misi penceritaan untuk NPC, menyiapkan misi utama dan juga mempertingkatkan kualiti dunia dan bentuk permainan itu sendiri.

Permainan ini akan membawa pemain ke Sandrock iaitu satu kawasan canyon serta padang pasir. Seperti permainan sebelum ini, anda akan menjadi pembina. Selain bentuk permainan simulasi pembinaan, ia juga akan disertakan dengan pelbagai penceritaan.

My Time at Sandrock sebelum ini dijangkakan akan tiba pada tahun 2021, akan tetapi telah tertunda. Ia diumumkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Switch dan PC.

Sohor Kini