Two Point Studio dan SEGA telah mengumumkan yang mereka menunda tarikh pelancaran untuk Two Point Campus beberapa bulan, iaitu daripada 17 Mei 2022 yang diumumkan sebelum ini kepada 9 Ogos 2022.

Mereka mengatakan yang 3 bulan tambahan ini memberikan mereka lebih masa untuk memastikan Two Point Campus berada di tahap yang terbaik di kesemua platform ia akan dikeluarkan. Namun, mereka menegaskan yang pembangunan sudah hampir selesai, oleh itu berkemungkinan ini adalah penundaan yang terakhir.

Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga telah berkongsi mengenai apa yang boleh dijangkakan daripada permainan ini. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Two Point Campus akan memberi tugasan kepada pemain untuk membina dan mengurus kampus sendiri. Seperti Hospital, Campus ini juga akan mempunyai pelbagai elemen jenaka seperti seperti kursus untuk menjadi ahli sihir, badut ataupun detektif.

Ia akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC. Ia juga diumumkan akan disertakan di dalam Xbox Game Pass pada hari pelancaran.

Sohor Kini