WandaVision adalah siri TV MCU pertama untuk Disney+. Siri TV ini memfokuskan kisah Wanda yang masih dalam kesedihan kerana kematian Vision dan memulakan hidup baharu yang hanyalah ilusi daripada kuasa magis beliau. Dalam dunia ilusi ini, beliau secara tidak langsung telah membuka pintu multimesta dan mencipta Vision baharu serta mempunyai anak kembar Billy dan Tommy.

Billy mempunyai kuasa magis seakan Wanda, manakala Tommy mempunyai kuasa keajuan seakan Quick Silver. Dua watak ini telah lenyap daripada ilusi Wanda, namun muncul kembali dalam bisikan merayu di hujung episod WandaVision apabila Wanda menggunakan Darkhold untuk mencari kembali kembar beliau.

Penghujung episod inilah yang membawa kepada filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness. Dalam iklan terbaru untuk filem ini, buat pertama kalinya kembar Wanda ini muncul dalam video. Wanda dalam bentuk astral projection atau projeksi najam dilihat sedang cuba mendekati Billy dan Tommy. Apa yang berlaku? Berkemungkinan besar saat inilah di mana multimesta menjadi serabut dan bercampur-aduk dengan dunia sebenar.

Filem ini akan ditayangkan pada 4 Mei 2022, iaitu pada Hari Raya Kedua. Jika anda rasakan inilah filem terbaik untuk sambut hari raya bersama keluarga, sama-sama saksikan filem ini di pawagam nanti.

Sohor Kini