Blizzard sebelum ini telah mengumumkan yang penambahan pertama bagi tahun ini untuk Hearthstone adalah Voyage in the Sunken City akan tiba pada 12 April, hadirnya penambahan tersebut ia juga menandakan permulaan tahun baharu untuk permainan kad tersebut di mana Blizzard telah mengumumkan yang ia akan dikenali sebagai Year of the Hydra.

Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Seperti biasa dengan permulaan baharu, beberapa penambahan lama akan dikeluarkan daripada mod utama dan bagi tahun ini, ia adalah penambahan Ashes of Outland, Scholomance Academy, dan Madness at the Darkmoon Faire to Wild yang akan dikeluarkan.

Manakala penambahan baharu iaitu Voyage in the Sunken City bersama dengan Forged in the Barrens, United in Stormwind, Fractured in Alterac Valley dan juga Core Set akan menjadi kad-kad yang boleh digunakan.

Core Set untuk tahun ini akan menyertakan 250 kad berbanding 235 kad untuk tahun lepas dengan 57 kad akan dibuang dan 72 kad baharu akan disertakan, termasuk juga kad-kad sebelum ini yang telah diubah suai antaranya adalah Reno Jackson, Brann Bronzebeard, Elise Starseeker, dan Sir Finley Mrrgglton.

Baca lanjut: Hearthstone Membuang Kad Basic Dan Classic, Pemain Akan Mendapat 235 Kad Ganti Percuma

Hearthstone sudah dikeluarkan untuk PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini