Apple Arcade telah mengumumkan yang mereka akan menyertakan sekurang-kurangnya 6 permainan baharu untuk perkhidmatan tersebut bagi bulan ini.

Antara permainan yang diumumkan adalah Gear.Club Stradale yang kami telah kongsikan sebelum ini. Ia merupakan permainan lumba kereta multi pemain dan akan dilancarkan pada 8 April 2022.

Permainan seterusnya adalah Moonshot – A Journey Home iaitu permainan oleh Noodlecake dan Mosel Interactive. Ia merupakan permainan pengembaraan tekaria berdasarkan fizik. Ia akan dilancarkan pada 22 April.

Selain itu, mereka juga mengumumkan 4 permainan di dalam kategori “App Store Greats dan Timeless Classics”, iaitu permainan yang sudah dikeluarkan di dalam App Store sebelum ini tetapi menerima versi Apple Arcade.

Permainan-permainan tersebut adalah Sonic Dash+ yang akan tiba pada 8 April ini, anda boleh baca lanjut mengenainya di pautan ini; Sonic Dash+ Akan Tiba Di Apple Arcade 8 April Ini. Pro Snooker & Pool 2022+ oleh iWare Designs dan akan dikeluarkan pada 15 April 2022.

Seterusnya adalah Construction Simulator 2+ oleh Astragon Entertainment yang akan dikeluarkan pada 15 April dan akhir sekali adalah Prune+ oleh Joel McDonald yang akan dikeluarkan pada 29 April 2022.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Anda juga boleh baca 10 permainan menarik untuk anda cuba jika memiliki langganan Apple Arcade ataupun bercadang untuk mendapatkannya: 10 Permainan Baharu Di Apple Arcade Yang Menarik.

Sohor Kini