Sonic Dash+ Akan Tiba Di Apple Arcade 8 April Ini

Sonic The Hedgehog adalah antara filem yang diadaptasi daripada permainan video dan ia tidak teruk. Ia boleh diterima dan menerima sambutan yang baik. Filem sekuel iaitu Sonic The Hedgehog 2 akan ditayangkan di Amerika pada 8 April dan 21 April di Malaysia.

Sempena tayangan filem ini, Apple akan melancarkan Sonic Dash+ di Apple Arcade. Permua ini asalnya digelar Sonic Dash – Endless Runner dan sudah berada di App Store sekitar lebih 4 tahun. Dengan memasuki platform Apple Arcade, permua ini tidak lagi akan ada iklan, belian dalam aplikasi dan boleh dimainkan secara luar talian.

Permua ini adalah permua larian tanpa henti sambil mengumpulkan gegelung emas ikonik Sonic. Anda turut boleh menggunakan watak Tails atau Knuckes dalam permua ini, iaitu dua watak yang turut akan muncul dalam filem nanti. Sonic Dash+ boleh dimuat turun bermula 8 April akan datang. Bagi yang berminat, anda boleh langgan Apple Arcade pada harga RM19.90 sebulan atau dapatkan sahaja Apple One pada harga sama sebulan.

Di samping itu, kami di Aksiz turut mengadakan pertandingan untuk memberi 20 tiket Sonic The Hedgehog secara percuma. Tarikh tayangan adalah 13 April, iaitu 8 hari lebih awal daripada tayangan sebenar 21 April. Jika berminat klik pada pautan di bawah;

Facebook: Klik sini untuk pertandingan FB.

Twitter: Klik sini untuk pertandingan Twitter.

Sohor Kini