Ubisoft telah mengumumkan yang kandungan Operation Motherland yang dikeluarkan untuk Tom Clancy’s Ghost Recon Breakpoint pada tahun lepas akan menjadi kandungan terakhir untuk permainan tersebut.

Dengan tiada kandungan baharu, Ghost Recon Breakpoint boleh dikatakan berakhir kurang daripada 2 tahun selepas dilancarkan. Namun, mereka mengatakan yang pelayan akan terus dibuka untuk satu masa yang tidak ditetapkan membolehkan pemain lama dan baharu untuk terus bermain.

Breakpoint sebelum ini merupakan satu permainan yang kurang mendapat sambutan akibat pelbagai elemen permainan yang kurang menarik. Namun, mereka telah menambah-baik termasuk juga membolehkan ia dimainkan secara solo, akan tetapi mungkin sudah terlambat.

Ia juga permainan yang mencetus kontroversi sebelum ini apabila menjadi permainan pertama oleh Ubisoft yang menyertakan NFT, selain mendapat kritikan, ia juga bukan satu percubaan yang berjaya.

Tom Clancy’s Ghost Recon Breakpoint sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, dan PC.

Sohor Kini