Dengan kita sudah pun memasuki bulan baharu, seperti biasa Microsoft juga telah berkongsi senarai permainan yang akan disertakan di dalam Game Pass untuk Xbox dan juga PC bagi pertengahan pertama bulan April ini.

Berikut adalah senarai permainan yang akan tiba untuk Game Pass di Xbox, PC atau kedua-duanya;

  • Cricket 22 (Xbox, Cloud) – Sudah tiba
  • MLB The Show 22 (Xbox, Cloud) – Sudah tiba
  • Chinatown Detective Agency (Xbox, Cloud, PC) – 7 April
  • Life is Strange: True Colors (Xbox, Cloud, PC) – 12 April
  • Panzer Corps 2 (PC) – 12 April
  • The Dungeon of Naheulbeuk (PC) – 12 April
  • Lost in Random (Xbox, Cloud, PC) – 14 April

Manakala, senarai permainan yang akan meninggalkan Game Pass pada 15 April adalah seperti berikut;

  • MLB The Show 21
  • Rain On Your Parade
  • The Long Dark
  • Pathway
  • F1 2019 (18 April)

Permainan-permainan tersebut ditawarkan dengan harga 20% jika anda ingin mendapatnya secara penuh

Seperti diumumkan pada akhir bulan lepas, Game Pass kini ditwarkan secara rasmi di Malaysia tetapi terhad kepada platform PC sahaja kerana Xbox masih tidak dilancarkan di sini. Anda boleh melanggan dengan harga RM0.50 sahaja untuk bulan pertama dan RM15 untuk bulan-bulan seterusnya.

Selain permainan-permainan di atas, berikut adalah 10 permainan lain yang harus cuba jika memiliki langganan Game Pass; Dengan Bayaran 50 Sen, Ini Adalah 10 Permainan PC Game Pass Anda Harus Cuba.

Sohor Kini