Pada acara Sukan SEA ke-30 sebelum ini, Malaysia telah memenangi sebanyak dua pingat dalam acara esukan, iaitu pingat emas dalam acara Hearthstone, dan pingat gangsa dalam acara Mobile Legends : Bang Bang.

Untuk Sukan SEA ke-31 yang akan berlangsung pada tahun ini, Malaysia dilihat menyasarkan sebanyak empat pingat secara keseluruhan, untuk esukan sahaja.

Sukan SEA ke-31 yang akan diadakan di Vietnam ini akan menyaksikan sebanyak lapan acara esukan dipertandingkan. Lima acara esukan melibatkan peranti mudah-alih, dan tiga melibatkan PC.

Antaranya adalah termasuk Mobile Legends: Bang Bang, League of Legends: Wild Rift, PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile (PUBG Mobile), Free Fire, dan Arena of Valor untuk arena mudah-alih, sementara League of Legends, CrossFire, dan FIFA Online 4 untuk PC.

Malaysia akan menghantar wakil untuk 7 acara untuk Sukan SEA ke-31 ini, iaitu seperti berikut:

  • Mobile Legends: Bang Bang – Todak
  • League of Legends: Wild Rift – SEM9
  • League of Legends – SEM9
  • Arena of Valor – ADT Esports
  • Free Fire – Secret Xpert dan Sorry Roar
  • PUBG Mobile – Tabah NSEA dan Geek Fam
  • FIFA Online 4 – Orange Esports (disenarai pendek)

Acara yang Malaysia tidak menghantar wakil adalah Crossfire, manakala Orange Esports untuk FIFA Online 4 ia masih tidak disahkan lagi kerana pemilihan terletak di bawah FAM dan bukan MESF.

Sukan SEA ke-31 ini akan berlangsung pada bulan Mei 2022 ini.

Sohor Kini