Hyper Light Breaker Diumumkan, Tiba Secara Akses Awal Tahun Depan

Heart Machine iaitu pembangun untuk permainan Hyper Light Drifter dan Solar Ash telah mengumumkan yang mereka sedang membangunkan Hyper Light Breaker. Walaupun mempunyai nama yang sama, akan tetapi ia adalah permainan berlainan dengan Drifter iaitu permainan 2D manakala Breaker adalah 3D.

Namun, ia berlaku di dalam dunia yang sama walaupun tidak mempunyai penceritaan yang berkait. Anda boleh boleh tonton video pengumuman di bawah.

Hyper Light Breaker buat masa ini hanya diumumkan untuk PC melalui Steam dengan versi akses awal akan dilancarkan pada suku kedua tahun depan. Ia akan diterbitkan dengan kerjasama bersama Gearbox Publishing.

Sohor Kini