Humble Games minggu ini telah mengumumkan yang permainan tekaria Unpacking yang telah pun dikeluarkan untuk platform-platform lain akan turut dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5 sekitar tahun ini.

Anda boleh tonton video pengumuman tersebut di bawah.

Di dalam permainan ini, pemain perlu mengeluarkan barang-barang dari kotak dan meletakkannya di tempat-tempat yang bersesuaian. Ia adalah satu konsep yang ringkas akan tetapi menjadi lebih menarik kerana di dalam barangan tersebut terdapat juga penceritaan mengenai pemilik barangan tersebut.

Dikeluarkan pada tahun lepas untuk Nintendo Switch, Xbox One dan PC, ia adalah antara permainan terbaik dengan menerima lebih 80 markah di Metacritic untuk setiap platform. Ia dibangunkan oleh Witch Beam.

Sohor Kini