Monkey Island merupakan permainan pengembaraan oleh LucasArts yang kini dikenali sebagai Lucasfilm Games, ia pertama kali dilancarkan pada tahun 1990 dan permainan terakhir adalah Tales of Monkey Island yang dibangunkan oleh Telltale Games pada tahun 2009.

Selepas lebih kurang 13 tahun tanpa permainan baharu, Lucasfilm Games bersama dengan Devolver Digital telah mengumumkan yang permainan baharu untuk siri tersebut iaitu Return to Monkey Island sedang dibangunkan oleh Terrible Toybox iaitu studio permainan video yang diketuai oleh Ron Gilbert, pencipta asal untuk permainan ini yang juga pembangun untuk permainan Thimbleweed Park.

Penceritaan untuknya dikatakan akan bersambung terus dari permainan kedua iaitu Monkey Island 2: LeChuck’s Revenge yang dikeluarkan pada tahun 1991, dengan versi penambah-baikkan dikeluarkan pada tahun 2010.

Buat masa ini tidak disahkan lagi platform ia akan tiba akan tetapi dikatakan akan tiba sekitar tahun ini dan anda boleh tonton treler untuknya di bawah.

Sohor Kini