Netflix telah mengumumkan yang penggambaran untuk musim ketiga bagi The Witcher kini bermula dan bersama dengan pengumuman tersebut mereka juga berkongsi gambar Henry Cavill sebagai Geralt, Anya Chalotra sebagai Yennefer dan Freya Allan sebagai Ciri di set penggambaran.

Selain itu, mereka juga berkongsi sinopsis untuk musim ketiga ini yang secara ringkasnya adalah meneruskan daripada musim kedua di mana disebabkan oleh kuasa yang dimiliki oleh Ciri, dia diburu oleh kerajaan, ahli sihir dan juga raksasa.

Oleh itu Geralt bersama dengan Yennefer cuba untuk melindungi Ciri dengan membawanya ke Aretuza. Namun, mereka masih lagi secara tidak langsung terlibat dengan peperangan politik dan sihir.

Netflix juga mengumumkan senarai pengarah untuk musim ini iaitu Stephen Surjik, Gandja Monteiro, Loni Peristere dan Bola Ogun.

Bacaan Lanjut: Ulasan The Witcher Musim 2 – Kisah Takdir Yang Mengejutkan.

Sohor Kini