Summer Game Fest Disahkan Kembali Pada Bulan Jun Ini

Summer Game Fest iaitu acara yang dianjurkan sebagai alternatif untuk E3 ketika ia dibatalkan akibat pandemik Covid-19 telah mengesahkan yang ia akan kembali pada tahun ini dan akan dianjurkan sekitar bulan Jun ini.

Pengumuman ini hadir selepas, Entertainment Software Association mengumumkan yang E3 untuk tahun ini telah dibatalkan walaupun dengan keadaan yang lebih baik dengan kebanyakan negara sudah mula melonggarkan sekatan akibat pandemik Covid-19.

Bagi kami, ia adalah satu perkara yang baik kerana E3 sebelum ini diumumkan akan menjadi acara digital sepenuhnya, dengan Summer Game Fest turut dianjurkan secara digital, ia akan menjadi dua acara yang bertindih, seperti yang berlaku pada tahun lepas.

Dengan E3 tidak lagi dianjurkan, Summer Game Fest akan menjadi satu-satunya acara penting pada bulan Jun ini.

Geoff Keighley yang juga penganjur bersama untuk Summer Game Fest juga telah disahkan akan kembali sebai hos untuk Summer Game Fest Kickoff Live. Buat masa ini mereka tidak mengumumkan yang penerbit-penerbit yang akan terlibat.

Sohor Kini