Pada bulan lepas, Prime Gaming telah menawarkan permainan seperti Madden NFL 22 dan Surviving Mars sebagai permainan percuma, manakala bulan ini mereka telah mengumumkan permainan seperti The Elder Scrolls IV: Obvilion dan Plants vs. Zombies: Battle for Neighborville bersama dengan 5 permainan lagi.

Berikut adalah senarai penuh permainan yang ditawarkan secara percuma sehingga 3 Mei 2022;

  • The Elder Scrolls IV: Oblivion Game of the Year Edition Deluxe
  • Plants vs Zombies: Battle for Neighborville
  • Galaxy of Pen and Paper
  • Nanotale – Typing Chronicles
  • Monkey Island 2 Special Edition: LeChuck’s Revenge
  • Guild of Ascension
  • Turnip Boy Commits Tax Evasion

Kesemua permainan dimuat turun menggunakan Amazon Games App selepas ditebus kecuali The Elder Scrolls IV: Oblivion Game of the Year Edition Deluxe yang perli ditebus melalui GOG dan Plants vs Zombies: Battle for Neighborville melalui Origin. Kesemua permainan adalah untuk PC sahaja.

Anda boleh langgan Prime Gaming di pautan ini, bagi pelanggan baharu, anda boleh mencubanya selama 7 hari, dan jika diteruskan caj $5.99 (~RM25) sebulan akan dikenakan. Selain permainan percuma setiap bula ia juga menawarkan satu langganan percuma untuk Twitch dan Prime Video.

Sohor Kini