The Hollywood Reporter telah berkongsi laporan Nielsen yang memperlihatkan siri-siri berdasarkan Marvel dan Star Wars merupakan penarik utama untuk perkhidmatan penstriman dengan mereka mengisi ranking untuk 10 siri paling popular di Disney+.

Sehingga akhir tahun lepas, Disney+ telah hadir dengan 6 siri TV aski nyata berdasarkan dua IP tersebut, dan The Mandalorian menjadi siri paling popular dengan menerima 8.38 bilion minit bagi musim kedua dan 5.42 bilion minit untuk musim pertama.

Siri seterusnya adalah Loki yang menerima 5.23 bilion minit tontonan, siri yang paling kurang popular adalah Hawkeye yang setakat ini menerima 3.46 bilion minit. Anda boleh lihat senarai penuh di gambar rajah di bawah.

Siri-siri lain yang tidak di bawah payung Marvel dan Star Wars seperti High School Musical: The Musical: The Series, Big Shot dan The Mighty Ducks: Game Changers di katakan tidak mendapat sambutan yang sama.

Oleh itu tidak mengejutkan Disney+ akan terus hadir dengan siri-siri berdasarkan dua jenama ini, yang terbaru adalah Moon Knight untuk Marvel dan yang akan datang Obi-Wan Kenobi untuk Star Wars.

Sohor Kini