Shueisha Inc merupakan penerbit kepada pelbagai siri majalah manga termasuk juga Weekly Shonen Jump yang menjadi rumah kepada pelbagai siri manga-manga popular. Terkini, mereka telah mengumumkan penglibatan mereka di dalam industri permainan video dengan mengumumkan Shueisha Games.

Mereka mengatakan yang ingin menggunakan pengalaman bertahun-tahun sebagai penerbit untuk membawa manga-manga popular menjadi permainan video. Bersama dengan pengumuman tersebut mereka juga mengumumkan empat permainan yang akan tiba iaitu Oni, Ukiyo, The Tower of Children dan Captain Velvet Meteor: The Jump+ Dimensions!.

Walaupun tanpa studio permainan video mereka sendiri, manga-manga mereka seperti Naruto, One Piece telah menerima pelbagai jenis permainan daripada pelbagai pembangun. Ini berkemungkinan besar tidak akan berubah, sebaliknya ia akan tiba di samping permainan oleh Shueisha Games sendiri.

Sohor Kini