Pergaduhan di antara Epic Games dan Apple telah menerima keputusan awal yang boleh dikatakan sebagai kemenangan penuh untuk Apple. Namun, mereka kini melalui pula proses rayuan yang akan mengambil masa beberapa bulan lagi.

Di dalam pembicaraan untuk rayuan tersebut, Apple menegaskan yang mereka tidak melanggar apa-apa peraturan di dalam pengendalian App Store dan telah memberikan beberapa kenyataan dari pihak ketiga untuk menyokong mereka.

Antaranya adalah Roblox, iaitu permainan video yang boleh dikatakan antara paling popular di dunia, di dalam kenyataan kepada mahkamah, Roblox mengatakan App Store memberikan jaminan keselamatan dan sekuriti kepada aplikasi dan memberikan lebih kepercayaan kepada pengguna untuk memuat turun.

Sebelum ini, Epic Games juga telah mengatakan yang Apple telah memberi kelebihan kepada Roblox untuk menjual permainan di dalam permainan mereka akan tetapi Apple mengatakan yang Roblox menawarkan pengalaman dan bukan permainan video, Roblox sendiri juga tidak menganggap mereka sebagai permainan video, sebaliknya satu platform metamesta.

Sohor Kini