Pada tahun lepas, PlayStation Studios telah mengambil alih 5 studio iaitu Valkyrie Entertainment, Nixxes Software, Housemarque, Firesprite dan Bluepoint Games, dan berdasarkan perkongsian di dalam podsiar rasmi untuk PlayStation, Jim Ryan iaitu Presiden Sony Interactive Entertainment mengatakan yang mereka akan meneruskan pengambil-alihan tersebut.

Menurut beliau, ia adalah cara untuk PlayStation Studios terus berkembang, ini sudah semestinya diperlihatkan melalui walaupun tahun 2022 baru sahaja bermula, akan tetapi PlayStation Studios telah mengumumkan akan mengambil alih Bungie iaitu pembangun Destiny dan Haven Studio iaitu studio di bawah Jade Raymond.

Selain daripada Bungie dan Bluepoint Games, pengambil-alihan Sony adalah lebih kecil jika ingin dibandingkan dengan Microsoft yang mengambil alih Bethesda dan juga Activision Blizzard. Namun, ia merupakan dari awal lagi strategi oleh mereka.

Ketua PlayStation Studios, Hermen Hulst sebelum ini mengatakan yang setiap pengambil-alihan mereka adalah bersifat strategik dan bukan untuk berlumba dengan studio-studio lain. Kebanyakan pengambil-alihan yang dilakukan oleh Sony, adalah studio yang telah pun bekerjasama dengan mereka sebelum ini.

PlayStation juga baru-baru ini telah mengumumkan pakej langganan baharu untuk PS Plus dan agak menarik jika pengambil-alihan seterusnya oleh mereka akan memfokuskan kepada menambah lagi penawaran untuknya.

Sohor Kini