Pada tahun 2020, Netmarble dan Level-5 telah melancarkan permainan MMORPG berdasarkan siri popular Ni No Kuni iaitu Ni No Kuni: Cross Worlds di pasaran Jepun. Terkini, mereka telah mengumumkan yang ia akan dikeluarkan secara global pada awal suku ketiga tahun ini untuk PC, iOS dan Android.

Anda boleh tonton treler rasmi di bawah.

Di dalam permainan ini, ia menyertakan PvE melalui misi utama, permintaan Tsubakuro Company, dungeon dan labyrints. Manakala PvP disediakan melalui Warrior Battlegrounds, Sky Islands Battles, Kingdom Battles, Kingdom Invasion, Relic Battlefield, Throne Battles dan pelbagai lagi.

Selain itu, mereka juga berkongsi treler animasi yang memperlihatkan penceritaan dan juga asas bagi permainan ini.

Apabila dilancarkan kelak, ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini