Bagi yang membaca manga, siri Attack on Titan sudah berakhir pada tahun 2021, manakala untuk siri anime, musim terakhir iaitu musim keempat mula disiarkan pada akhir tahun 2020. Namun, berbanding dihabiskan secara terus untuk satu musim, ia dibahagikan kepada beberapa bahagian.

Bahagian kedua akan berakhir dengan episod ke-12 yang akan disiarkan sekitar minggu ini, dan penonton yang ingin mengetahui penamat untuk siri ini, perlu menunggu sehingga tahun depan apabila NHK telah mengumumkan yang bahagian ketiga untuk musim akhir ini akan disiarkan pada tahun 2023.

Attack on Titan boleh ditonton di Netflix dengan episod terkini akan tiba setiap minggu, di mana episod terakhir untuk bahagian dua adalah pada minggu ini.

Sohor Kini