Microsoft baru-baru ini telah mengumumkan berita yang baik untuk pemain di Malaysia dengan mengumumkan penawaran secara rasmi PC Game Pass.

Ia adalah satu langganan yang sangat berbaloi kerana dengan harga bulanan yang murah, pemain dapat bermain pelbagai permainan termasuk juga permainan-permainan yang baru sahaja dilancarkan.

Namun, satu perkara yang sering menjadi permintaan adalah pelan keluarga untuk membolehkan mereka membayar bulanan yang lebih tinggi tetapi dapat berkongsi dengan keluarga yang lain, sekaligus lebih menjimatkan jika berkongsi bayaran.

Minggu ini, Windows Central telah melaporkan yang Microsoft sudah lama mengkaji untuk memperkenalkan pelan keluarga ini dan mereka akhirnya bersedia untuk menyertakannya sekitar tahun ini. Ia dikatakan akan berfungsi seperti mana-mana pelan keluarga seperti yang ditawarkan Nintendo Switch Online dan Netflix.

Pelan tersebut dikatakan membolehkan 5 akaun menggunakan perkhidmatan Game Pass, dan bayaran bulanan adalah lebih rendah berbanding melanggan 5 akaun yang berlainan.

Jika anda sudah melanggan ataupun berhajat, anda boleh baca artikel ini untuk mengetahui 10 permainan yang harus dicuba terlebih dahulu; Dengan Bayaran 50 Sen, Ini Adalah 10 Permainan PC Game Pass Anda Harus Cuba.

Sohor Kini