Siri TV Obi-Wan Kenobi di Dinsey+ berlaku selepas kejadian di dalam filem Star Wars Episode III – Revenge of the Sith. Walaupun Galactic Republic telah berjaya menewaskan Jedi dan membentuk Galactic Empire, tanpa pengetahuan mereka Padme melahirkan kembar iaitu Luke dan Leia yang membawa darah Skywalker.

Siri ini sepatutnya disiarkan pada 25 Mei 2022, pada hari Rabu. Namun ia telah ditunda ke 27 Mei hari Jumaat. Besar kemungkinan mereka tidak mahu mengganggu siaran Moon Knight yang sedang hangat dibincangkan di arena web.

Disney turut akan menyiarkan terus dua episod pada hari siaran tersebut memberikan penonton semua peluang tonton sekali gus tanpa perlu tunggu setiap minggu satu episod.

Dalam treler lepas, siri ini memperlihatkan bagaimana Obi-Wan Kenobi menyorok daripada Empire di planet Tatooine sambil turut memerhati Luke yang telah berpisah dengan Leia. Ini adalah kali pertama Ewan McGregor kembali sebagai Obi-Wan selepas bertahun lamanya beliau meninggalkan watak ini.

Sohor Kini