Sebelum ini Qualcomm Technologies telah mengumumkan pengajuran Snapdragon Pro Series iaitu kejohanan esukan di beberapa benua termasuk juga Malaysia dan Indonesia dan akan dianjurkan oleh ESL.

Minggu ini mereka telah mengumumkan senarai permainan yang akan dipertandingkan, ia adalah berbeza mengikut benua, bagi senarai permainan untuk Asia Pasifik adalah seperti berikut;

  • Brawl Stars
  • Garena Free Fire
  • League of Legends: Wild Rift
  • Legends of Runeterra

Kejohanan ini adalah terbuka kepada semua dan jika anda berminat, pendaftaran kini dibuka melalui pautan ini dengan sesetengah kejohanan akan bermula pada 12 April 2022.

Sohor Kini