505 Games dan ArtPlay telah melancarkan kandungan baharu untuk permainan roguelite Bloodstained: Ritual of the Night, menariknya kandungan ini adalah berdasarkan permainan RPG oleh Ubisoft iaitu Child of Light.

Kemaskini percuma ini sudah mula tiba untuk permainan Bloodstained di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC, manakala untuk Nintendo Switch ia akan tiba pada 21 April 2022.

Melaluinya, pemain boleh menggunakan watak Aurora iaitu watak utama di dalam Child of Light, dia akan mempunyai pergerakan tersendiri dan juga akan membawa penceritaan yang unik. Cara meningkatkan tahap juga sedikit berbeza dengan pemain perlu menggunakan shards.

Sohor Kini