Ragnarok X: Next Generation Mengumumkan Sistem Kelas Ketiga

Nuverse telah melancarkan sistem kelas ketiga untuk permainan MMO mereka Ragnarok X: Next Generation, melaluinya pemain boleh menggunakan kelas baharu ini untuk mempertingkatkan lagi kuasa, dan sesetengah kelas juga mempunyai haiwan tunggangan yang tersendiri.

Jika ingin mengakses kelas baharu ini, oemain perlu mencapai sekurang-kurangnya tahap Job 70 dan menyelesaikan misi di Glast Heim Churchyard sebelum dapat memilih salah satu daripada 6 pilihan kelas iaitu Ranger, Warlock, Archbishop, Rune Knight, Guillotine Cross dan Mechanic.

Selain itu, melalui kemaskini yang sama, Ragnarok X: Next Generation juga telah menerima kawasan tahap 100 iaitu Al De Baran yang mempunyai Menara Jam daripada Ragnarok Online. Di kawasan ini pemain boleh melawan dengan pelbagai penjahat seperti Morroc, Chimera, Time Holder, Mysteltainn dan Owl Duke.

Ragnarok X: Next Generation sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia juga boleh dimainkan di PC mellaui ROX Cloud Gaming. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini