Kerajaan Malaysia telah mengumumkan yang bermula pada 1 April, Malaysia secara rasminya memasuki fasa peralihan untuk ke fasa endemik bagi Covid-19, yang akan membuka lebih banyak sekatan untuk aktiviti sosial dan juga ekonomi.

Bersempena dengannya, TGV juga telah mengumumkan kempen #AwesomeApril yang akan memberikan satu tiket percuma kepada ahli TGV MovieClub yang sekurang-kurangnya membeli satu tiket wayang dan satu popcorn di dalam satu transaksi secara dalam talian bermula hari ini sehingga 15 April.

Tawaran ini adalah terhad kepada satu tiker percuma sahaja untuk seorang, dan tiket percuma ini boleh digunakan untuk menonton mana-mana filem sehingga 30 April 2022. Anda boleh baca pautan ini untuk maklumat lanjut.

Sohor Kini